Portal Komuniti e-Pembelajaran Iklaneka
Portal PID



Pengenalan

Pusat Internet Desa (PID) Bandar Penawar telah ditubuhkan pada November 2003 di bawah Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia (KTKM) yang telah ditukar kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK). Sehingga kini terdapat 42 PID di seluruh negara yang dilengkapi dengan peralatan komputer, talian internet, mesin pencetak, mesen pengimbas, faks dan lain-lain perkhidmatan bagi mendukung usaha kerajaan untuk merapatkan jurang digital diantara komuniti di kawasan luar bandar dan bandar. 

PID diselia oleh seorang Penyelia dan Penolong Penyelia yang dilantik oleh Kementerian untuk memberi latihan asas kepada komuniti disamping menjadi agen perubah kepada penduduk setempat dari segi pengetahuan ICT, keusahawanan & pertanian.




 PENYELIA PENOLONG PENYELIA

 Hubungi Pusat Internet Desa (PID) Bandar Penawar :

d/a Pejabat Pos Malaysia Cawangan Bandar Penawar
JKR 670, Jalan Dato' Hj. Hassan Yunus,
81930 Bandar Penawar-Desaru, Johor.
Tel/Faks : +607-822 7139
E-mail : pid.bdrpenawar@yahoo.com
Laman Web : http://penawar.pid.net.my
Blog : http://kuspidbdrpenawar.blogspot.com/

 

Pautan laman web :

Artikel Semasa
GLOBAL ENTREPRENEURSHIP WEEK

PID ENTREPRENEURSHIP FAIR 2009

Minggu Keusahawanan Global 2009 atau PID Entrepreneurship Fair 2009 iaitu sebuah program keusahawanan yang melibatkan penyertaan aktif warga PID dan komuniti setempat dalam melaksanakan pelbagai aktiviti bertemakan keusahawanan dan akan dijalankan pada 16 - 22 November 2009. Program ini telah dilancarkan pada tahun 2008 dan menjadi kesinambungan pada tahun ini, di mana 2009 adalah tahun ke-2 program ini dianjurkan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK).

Objektif utama program ini adalah untuk melahirkan para usahawan baru di kalangan komuniti luar bandar dan memupuk minda keusahawanan berdaya saing, inovatif dan berwawasan.

Program ini akan dibahagikan kepada 3 segmen iaitu PID Grassroots Entrepreneurship Challenge 2009, PID New Enterpreneurship Award 2009 dan PID Digital Storytelling Award 2009.

Laman Utama
Info Bandar Penawar
Kelab Usahawan Sosial PIDBP
Statistik Penggunaan
Info Komuniti
Mengenai PID
Welcome
Maklum Balas
Daftar untuk mendapatkan maklumat terbaru daripada laman web
Berapa kerap anda mengunjungi PID Bandar Penawar?
A) Setiap hari
B) Seminggu sekali
C) Dua kali sebulan
Keputusan Undian
No Events
Bandar Penawar : Kemudahan, Persekitaran, Aktiviti Komuniti, PID...









Hak milik : Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan © 2009